Barisan Pemain Ke-12 JDT Siap Sedia Gempur Kashima Antlers, “Kami Sudah Bersedia”

KAMI SUDAH BERSEDIA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah bersedia untuk memulakan cabaran dalam peringkat kumpulan E Liga Juara-Juara AFC (ACL) bertemu wakil Jepun, Kashima Antlers di Kashima Soccer Stadium hari ini.

Mengikut ranking kelab yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2018, Kashima Antlers berada di tangga ke 10 manakala JDT pula berada di tangga ke 23. Ia bakal menjadi medan pertempuran sengit buat kedua-dua pasukan.

Turun sebagai pasukan ‘underdog’ akan meredakan sedikit tekanan JDT dan Kashima Antlers sebagai juara bertahan ACL pasti akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kejuaraan mereka.

Selamat maju jaya diucapkan kepada JDT. Pencapaian ini akan menjadi penanda aras baharu dalam bola sepak moden Malaysia. JDT sudah bersedia untuk menggegar pentas terbaik Asia. Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber :JOHOR Soutern Tigers

LIGA JUARA-JUARA AFC 2019 | KASHIMA ANTLERS VS JOHOR DARUL TA’ZIM

Perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 antara Kashima Antlers menentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung Selasa ini, 5 Mac 2019 di Stadium Bolasepak Kashima, Kashima jam 6.00 petang (Waktu Malaysia). Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor. 2019 AFC CHAMPIONS LEAGUE | KASHIMA ANTLERS VS JOHOR DARUL TA’ZIM

Nampaknya penyokong Harimau selatan Begitu bersemangat sekali untuk memberikan sokongan padu di Kashima Soccer Stadium petang ini..

Piala ACL 2019

Khasima Antlers Vs Johor Darul Ta’zim

“TERBAIK PEMAIN KE 12”

Alhamdulillah rombongan penyokong kami (JFC) telah selamat tiba di Jepun untuk menyaksikan perlawanan Piala ACL 2019 petang ini.Semoga pasukan kesayangan JDT akan beroleh kemenangan pada perlawanan hari ini.Aamiin.

Kredit : En Shukor Md Shah.**

Antara sebahagian penyokong JDT dari Boys of Straits sudah berkampung di japan bagi menyaksikan perlawanan pada petang ini.

Steady semua semoga dipermudahkan segala urusan kalian dan semua penyokong JDT yang hadir ke sana.

Kredit foto : Mohd Hairey Tahir.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Itali hari ini, 5 Mac 2019 untuk sesi pertemuan bersama Pengerusi Juventus FC, Andrea Agnelli bagi membincangkan kolaborasi serta jalinan kerjasama antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Juventus FC.

Baginda turut menerima jemputan khas menyaksikan perlawanan Liga Serie A antara Juventus FC menentang Udinese pada 9 Mac 2019. Allah Peliharakan Sultan.

Komen Anda?