Banyak Betul Haiwan Sesat Baru-Baru Nie, Memang Musim Eh

Hari Ni, 23 Julai 2019, Terima Kes Tapir Tersesat memasuki kawasan Tmn Lavender Heights, Jln 17, Senawang, 8 Pegawai & Anggota terus ke Lokasi & Berjaya Mengurung Tapir tersebut dlm halaman sebuah rumah. Selepas menghubungi Jab Perhililitan, akhirnya Tapir tersebut dpt di tangkap & diserahkan kepada Perhililitan N9. Alhamdulillah, Selamat Tapir tersebut..

Sumber : Angkatan Pertahanan Awam Seremban

Tapir betina sesat masuk kawasan perumahan

SEREMBAN – Penduduk Lavender Heights di Senawang dekat sini gempar dengan kehadiran seekor tapir betina berkeliaran di kawasan perumahan itu hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Seremban, Kapten Md. Fadir Md. Nor berkata, kehadiran haiwan itu disedari penduduk kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Kami menerima laporan daripada penduduk pada pukul 12.32 tengah hari. Lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikerahkan memberi bantuan.

“Kami berjaya mengurung haiwan berkenaan dalam sebuah rumah penduduk sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan,Wan Mat Wan Harun ketika dihubungi berkata, tapir tersebut dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun.

Menurut beliau, haiwan itu dipercayai tersesat ke kawasan perumahan tersebut dari sebuah kawasan hutan berhampiran Lavender Heights.

Jelas beliau, tapir itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilepaskan semula ke sebuah kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan. – K! ONLINE