Bantuan Insan Covid19, Mukim Sg Balang, Muar

BANTUAN IHSAN COVID19, MUKIM SG BALANG, MUAR.

Alhamdulillah, terima kasih petugas daripada UMNO Bahagian Muar, MCA, MIC, PAS, Persatuan Nelayan, Ahli Korporat yang menyumbang tenaga, barang-barang dan wang ringgit bagi menjayakan Program Sumbangan Ihsan COVID19 di Mukim Sungai Balang, Muar.

Untuk makluman, ini merupakan bantuan Fasa ke-2 yang digerakkan oleh orang Muo untuk membantu saudara-saudara kita yang terkesan dan ada yang dikuarantin (rumah) di Mukim Sg. Balang (Zon Merah).

Razali Ibrahim

Terharu apabila melihat ramai yang hadir menghulurkan sumbangan dan bantuan. Terutama Persatuan Nelayan yang memberikan ikan segar dari jeti. Walaupun mereka sendiri sekarang sukar ke laut, tetapi tetap membantu apabila mengenangkan saudara mereka ditimpa ujian.

Sumbangan diterima juga daripada beberapa ahli korporat dan agensi serta MBM seperti sayur-sayuran, telur, roti, bahan-bahan memasak bagi meringankan beban keluarga yang dikuarantin dirumah dan mereka yang tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Semoga niat yang baik ini diteruskan dan sikap bantu-membantu antara satu sama lain ini tersemat di setiap jiwa rakyat Malaysia.

 20 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?