Bangkok United Sebuah Pasukan Yang Sangat Kuat – Luciano Figueroa

Kami akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Bangkok United hari ini, sebuah pasukan yang sangat kuat. Tidak mudah untuk beraksi menentang mereka tetapi ia merupakan persiapan yang baik buat kami.

Kemungkinan terdapat perbezaan (dalam barisan pemain) hari ini kerana kami perlu merehatkan Diogo disebabkan kecederaan yang beliau alami pada perlawanan yang lalu. Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan menurunkan beliau. Kami juga akan merehatkan Mauricio kerana mahu memberikan masa bermain kepada pemain simpanan kami bagi meningkatkan ‘match fitness’ mereka dan juga memberi peluang kepada beberapa pemain untuk memulakan perlawanan.

Oleh itu seperti yang kami katakan sebelum ini, perlawanan pramusim adalah sentiasa mengenai persediaan, mempelajari taktikal baharu dan melihat apa yang terbaik untuk kami supaya apabila musim bermula, kami sudah bersedia.

Luciano Figueroa, Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Sumber : JST

PERLAWANAN PERSAHABATAN KELAB ANTARABANGSA 2019 | BANGKOK UNITED VS JDT

Perlawanan Persahabatan Kelab Antarabangsa 2019 antara Bangkok United menentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan berlangsung hari ini, 20 Januari 2019 di Stadium Thammasat, Bangkok jam 6.00 petang (waktu tempatan).

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan persahabatan ini. Luaskan Kuasamu Johor

ทรู แบงค็อก ยูไนเต็ด จะลงทำการแข่งขันเกมอุ่นเครื่องแบบปิดกับ ยะโฮร์ ดารุล ต๊ะซิม ที่สนาม ทรู สเตเดียม ในวันนี้เวลา 18.00 น.

Today True Bangkok United will play friendly match against Johor Darul Ta’Zim at True Stadium on 6 pm.

สำหรับเกมอุ่นเครื่องวันนี้ เป็นการอุ่นเครื่องแบบปิด ไม่มีการถ่ายทอดสดผ่าน Livestream รวมถึงไม่สามารถเข้าชมภายในสนามได้ แต่ยังสามารถติดตามภาพบรรยากาศเกมหลังจบการแข่งขันได้ในเพจสโมสร

FB : Bangkok United

Komen Anda?