Bangga Tengok Lambang United Nations Children’s Fund UNICEF – Hishammuddin

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Luar Negeri dan Anak Jati Johor berkata, Beliau bangga tengok lambang United Nations Children’s Fund UNICEF yang juga salah satu organisasi utama bawah PBB untuk membela kanak-kanak di seluruh dunia dipaparkan di bahagian depan jersi baru JDT.

Tak banyak kelab bola sepak dalam dunia membawa logo UNICEF terutama di bahagian depan jersi mereka. Seingat saya, yang pernah pun pasukan-pasukan terkenal seperti Barcelona dan Manchester United. Kebanyakkan kelab memaparkan logo penaja.

Apabila JOHOR Southern Tigers JDT diberi penghormatan, semestinya bukan kecil sokongan dan sumbangan mereka kepada usaha UNICEF. Setinggi-tinggi tahniah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan JDT atas usahasama yang istimewa, bertaraf dunia dan pertama seumpamanya di rantau ini. 👍

All the best JDT dan semua pasukan yang akan kembali beraksi dalam saingan Liga 🇲🇾 Malaysia bermula 5 Mac nanti! 🔴🔵

Sumber : FB YB Dato’ Sri Hishammuddin Hussein

 31 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?