Bakul Prihatin Negara

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang tidak pernah henti dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan.

“Patuh sayap bertongkat paruh”

Sebanyak RM21 juta telah disumbangkan oleh Kerajaan dan sektor korporat bagi meningkatkan sumbangan bantuan Bakul Makanan yang bukan sahaja tertumpu kepada golongan B40 malah kepada semua yang turut mengalami situasi ekonomi yang terjejas.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh memohon bantuan menerusi talian :
• Talian Kasih 15999
• Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan tempat tinggal anda dengan menelefon talian yang tersenarai di laman web jkm.gov.my
• Media Sosial Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)

Semoga dengan kerjasama antara Kerajaan dan syarikat korporat yang terbentuk ini menjadi contoh terbaik berkonsepkan “whole of society” kepada seluruh masyarakat untuk terus cakna dan prihatin bagi membantu satu sama lain.

Komen Anda?