Bakal Berdepan Satu Lagi Aksi Yang Penuh Mencabar

Ketua jurulatih Harimau Malaya B-23, Brad Maloney hadir sesi sidang akhbar perlawanan penentuan pingat gangsa dan tempat keempat bola sepak lelaki Sukan SEA 2021 di VFF Hanoi hari ini.

Skuad junior negara bakal membuat perhitungan menentang Indonesia di Stadium Nasional My Dinh esok, 22 Mei 2022.

Tewaskan Indonesia untuk pulang lebih bermaruah

Ia bukan sekadar pertemuan pingat gangsa malah lebih terarah kepada pertemuan seteru tradisi antara dua negara, Malaysia dan Indonesia tatkala kedua-dua pasukan cuba untuk pulang dari temasya Sukan Sea Vietnam dengan lebih bermaruah selepas tersingkir di separuh akhir sebelum ini.

Di petik dari Laman Harian Metro, Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara Brad Maloney, mengakui anak buahnya bakal berdepan satu lagi aksi yang penuh mencabar dari segi pertarungan fizikal selepas tumpas dengan tuan rumah selepas perlawanan selama 120 minit.

“Pemain sudah melalui proses pemulihan dengan baik walaupun kita berdepan aksi sukar berdepan Vietnam yang memerlukan kekuatan fizikal. Kami sudah memberi fokus kepada pemulihan mereka dan semuanya kembali kepada tahap kecergasan terbaik.

“Esok kami akan lebih bersedia dan tidak sabar untuk melaluinya selepas ini adalah aksi yang sangat memberi makna buat kedua-dua pasukan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) sebentar tadi.

Jurulatih kelahiran Australia itu mengakui perlawanan Malaysia dan Indonesia sentiasa difokuskan kepada seteru tradisi, namun anak buahnya sudah bersedia serta berada dalam motivasi yang sangat baik bagi aksi perebutan gangsa. 

“Tidak ada bezanya antara aksi esok dan menentang Vietnam sebelum ini. Ketika separuh akhir saya tidak pernah melihat anak buah saya sangat mempunyai motivasi sangat tinggi. Mereka sudah bersedia untuk turun bermain esok.

Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Lelaki

“Ia juga sukar untuk katakan aksi perebutan gangsa lebih mendapat perhatian daripada saingan akhir Sukan Sea. Aksi final membabitkan pasukan tuan rumah, namun saya yakin ribuan penyokong (Malaysia dan Indonesia) akan berada di belakang kedua-dua pasukan nanti,” kata Maloney. 

Ditanya mengenai tahap kecergasan dan kecederaan pemain, Maloney berkata selepas aksi 120 minit memang ada pemain yang mengalami lebam dan kekejangan namun setakat ini semua anak buahnya boleh turun beraksi. 

“Mungkin ada seorang atau dua pemain masih perlu dipantau. Mengenai pasukan Indonesia pula mereka beraksi sangat baik di kejohanan ini, walaupun tanpa Egy Maulana yang mengalami kecederaan,” katanya. 

Indonesia bukan saja pincang selepas ketiadaan Egy malah turut terasa dengan tiga pemain yang digantung akibat layangan kad merah ketika tumpas kepada Thailand di separuh akhir dan pemain berkenaan ialah Firza Andika, Rachmat Irianto, Ricky Kambuaya.

Kali terakhir Malaysia menumbangkan pasukan Indonesia di temasya ini ialah pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur di peringkat separuh akhir dengan mencatat kemenangan 1-0.

Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?