Baju Safawi Tertera “I Will Miss JDT Family“

Photo By JOHOR Southern Tigers

I WILL MISS JDT FAMILY!!!

Tatkala rakan pasukan kegembiraan meraikan kemenangan Juara Liga Super Malaysia tujuh musim berturut-turut, Safawi Rasid meraikan dalam keadaan tangisan penuh hiba seolah bakal meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim seperti kalimat yang tertulis di baju beliau ‘ I Will Miss JDT Family’.

WE WILL MISS YOU TOO SUPER PAWI!!

(Photo by Saluddin Ismail/TPS)

Photo By The Photoshooterz
Photo By The Photoshooterz

Congrats Champ7ons…. Keep it up.. Never give up.. No retreat… No surrender… Luaskan Kuasamu Johor…

Malam penuh emosi buat JDT, Safawi

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dengan penuh emosi apabila ia turut menjadi perlawanan terakhir buat Safawi Rasid.

Safawi yang akan menyertai kelab Portugal, Portimonense SC turut memakai baju yang tertulis ‘I will miss JDT Family’ (Saya akan merindui keluarga JDT).

Aksi menentang Sabah yang menyaksikan JDT menang 4-1 malam tadi kemungkinan akan menjadi aksi terakhir Safawi buat kelab yang disertai sejak tahun 2014 itu.

Bagaimanapun pengendali JDT Benjamin Mora hanya memberitahu pemain itu akan ke luar negara sama ada hari ini atau selepas aksi terakhir liga menentang Melaka United, di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

“Saya tidak pasti sama ada Safawi akan meninggalkan JDT hari ini atau selepas beraksi dalam beberapa perlawanan saingan Piala Malaysia. 

“Kami akan tunggu apa juga keputusan. Kita tidak tahu bila dia akan berlepas ke luar negara dan ia adalah baik untuk dirinya melebarkan karier bola sepak profesional,” kata Mora.

Sumber : Berita Harian

Tahniah Johor Darul Ta’zim, juara CIMB Liga Super 2020! 🏆

Terima Kasih TMJ & JST yang sentiasa berusaha menjadikan JDT antara yang terbaik, sentiasa menjaga keselesaan dan keselamatan para penyokong seperti kami.