Badminton Cemerlang Sumbang Emas Ketiga Negara

PINGAT EMAS UNTUK MALAYSIA! 🥇 Pearly & Thinaah memberikan mata kemenangan untuk negara!

Kontinjen Malaysia meraih emas ketiga pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi, selepas skuad negara memenangi acara berpasukan campuran.

Pada saingan final di National Exhibition Center (NEC), skuad negara tampil bergaya menumpaskan India dalam saingan sengit yang berkesudahan 3-1 untuk sekali gus menebus kekalahan pada aksi final temasya di Gold Coast, Australia pada 2018.

Syabas Malaysia!

Skuad badminton cemerlang sumbang emas ketiga negara

Kontinjen Malaysia meraih emas ketiga pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi, selepas skuad negara memenangi acara berpasukan campuran. 

Pada saingan final di National Exhibition Center (NEC), skuad negara tampil bergaya menumpaskan India dalam saingan sengit yang berkesudahan 3-1 untuk sekali gus menebus kekalahan pada aksi final temasya di Gold Coast, Australia pada 2018. 

Kejayaan itu dalam masa meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk terus memburu sasaran enam emas, selepas atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin menghadiahkannya menerusi kategori 55 kilogram (kg) dan 61kg.

Dalam aksi final ini, Malaysia mendapat mata pertama menerusi beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-15. 

India kemudian menyamakan kedudukan menerusi perseorangan wanita, PV Sindhu yang menundukkan Goh Jin Wei 22-20 dan 21-17. 

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong kembali meletakkan Malaysia di depan menerusi kemenangan tiga set ke atas K Srikath 21-19, 6-21, 21-16. 

Pada perlawanan keempat, beregu wanita, M Thinaah-Pearly Tan, membuktikan keunggulan mereka apabila menundukkan Jolly Treesa-Gayatri Pullela, 21-18, 21-17 untuk memastikan Malaysia bergelar juara dan sekali gus merangkul emas pertama sukan badminton di temasya Sukan Komanwel 2022. 

Terdahulu di peringkat separuh akhir Malaysia menewaskan England, 3-0 manakala India menjinakkan Singapura dengan keputusan sama. 

Pada temasya di Gold Coast, Australia, empat tahun lalu pasukan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tewas kepada India 1-3. 

Esok saingan individu pula akan bermula dengan pasukan negara berharap dapat meraih pingat lagi termasuk emas. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: