Azeem Terlepas Peluang Untuk Mara Ke Final

Muhammad Azeem Fahmi terlepas peluang untuk mara ke final acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Colombia.

Bintang pecut muda negara itu tamatkan aksi separuh akhirnya di tempat keempat dengan catatan 20.97 saat.

Terdahulu, Azeem mencatat 20.83 saat pada aksi saringan yang merupakan catatan kedua terpantas atlet negara dalam acara tersebut.

Atlet berusia 18 tahun itu cipta sensasi baru-baru ini apabila mencatat 10.09 saat dalam acara 100 meter untuk memadam rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan sebelum ini. Kredit @astroradionews

For you.. No worries!!! Enjoy the rest of the season & come back stronger champ!!!

Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi berjanji akan ‘menghadiahkan’ rakyat Malaysia catatan di bawah 10 saat (s) dalam acara 100 meter (m) tidak lama lagi.

Pelari berusia 18 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu kepada dirinya dalam penampilan pertama di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun yang berlangsung di Cali, Colombia.

“Berlari di pentas dunia adalah sesuatu yang berharga dan banyak yang saya belajar. Terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya.

“Saya berjanji kepada anda semua, anda akan menyaksikan pelari pertama Malaysia yang berlari dengan catatan di bawah 10s tidak lama lagi,” kata Azeem menerusi ruangan di Twitter miliknya.

Dia terpaksa akur apabila hanya mencatatkan masa 20.97s sekali gus tidak berjaya untuk meneruskan kemaraan ke pentas final.

“Terpaksa ditunda selama dua jam dan berlari dalam keadaan hujan tetapi Alhamdulillah saya berjaya menamatkan saingan sehingga garisan penamat.

“Tiada apa yang hendak dimalukan dan saya bangga berjaya mara sejauh ini. Buat semua yang mengharapkan saya berlari di pentas final, saya mohon maaf tidak berjaya melakukannya. 

“Allah adalah perancang terbaik dan saya pasti akan ada sesuatu yang lebih besar menanti untuk saya pada masa depan. 

“Alhamdulillah untuk semuanya dan kini berakhirlah perjalanan saya di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun,” katanya yang berjaya memperbaharui catatan masa peribadi terbaiknya dalam acara itu ketika memenangi perlumbaan saringan tiga pusingan kelayakan dengan catatan 20.83s sebelum itu.

Cabaran 200m Azeem terhenti di separuh akhir

Langkah pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dalam acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia terhenti di peringkat separuh akhir selepas menduduki tempat keempat dalam aksi saringan dua, awal pagi tadi.

Pelari berusia 18 tahun itu terpaksa akur apabila hanya mencatat 20.97 saat (s) sekali gus tidak berjaya untuk meneruskan kemaraan ke pentas final.

Aksi saringan dua di peringkat separuh akhir itu diungguli atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencatat 20.23s manakala Anthony Smith dari Turki, kedua dengan catatan 20.83s, sekali gus menyaksikan kedua-duanya mara ke peringkat akhir.

Terdahulu, Azeem berjaya memperbaharui catatan masa peribadi terbaiknya dalam acara itu ketika memenangi perlumbaan saringan tiga pusingan kelayakan dengan catatan 20.83s untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, tengah malam tadi.

Dia yang berada di lorong lapan mempamerkan larian cemerlang untuk menewaskan Aidan Murphy dari Australia di tempat kedua dan atlet Jamaica Bryan Levell ketiga, dengan kedua-dua pelari melintasi garisan penamat dengan catatan masa sama 20.85s.

Catatan direkodkan Azeem itu dianggap masa kedua terpantas dalam sejarah acara 200m negara selepas rekod kebangsaan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dicipta pada tahun 2019.

Kelmarin, pelari berasal dari Perak itu mencipta sensasi apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m ketika mengungguli saringan lapan, pusingan kelayakan dengan catatan 10.09s.

Catatan itu mengatasi rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

Azeem yang mara sehingga peringkat akhir acara 100m menamatkan saingan di kedudukan kelima, awal pagi semalam. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: