Ayuh Undi Jaringan Safawi Rasid Tercalon Untuk Gol Terbaik Sedekad AFC

JARINGAN SAFAWI RASID TERCALON UNTUK GOL TERBAIK SEDEKAD AFC

Jaringan Safawi Rasid dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Shandong Luneng tercalon dalam Gol Terbaik Sedekad ACL.

“Salah seorang bintang muda Asia Tenggara yang sedang menyinar, penyerang itu menunjukkan kebolehan beliau melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan yang sememangnya berkualiti”, tulis artikel AFC.

AFC telah menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir yang mana lima jaringan terbaik layak ke final pada bulan September.

Justeru, para pencinta bola sepak di Johor dan penyokong JDT diminta untuk membuat undian melalui pautan Di Bawah.

Undi di https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/acl-goals-of-the-decade-semi-final-1

Hidup Johor Demi Johor

Vote for your favourite goal below (Poll ends at 1000 (UTC 8) on August 28). A reminder that only the top five rated goals will secure a place in September’s final!

Komen Anda?