Ayuh!! Pemain Ke 12, Kita Kembalikan Sorakan Penonton Di Stadium

Selamat kembali ke stadium kepada penyokong atau digelar pemain sebagai ke-12 dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ia susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini bahawa kerajaan membenarkan kehadiran penyokong ke stadium dengan kapasiti tertentu.

Dua perlawanan Liga Super keenam iaitu pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April 2021 dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC pada 3 April 2021 bakal dijadikan projek perintis bagi perlawanan kemasukan penonton pada Liga Malaysia musim ini.

“Kehadiran penonton secara terkawal, teratur dan dengan jumlah yang tertentu merupakan hasrat dan permintaan pihak penganjur acara kejohanan sukan seperti MFL dan juga penggiat sukan tanah air khususnya peminat sukan bola sepak untuk untuk melihat kehadiran penonton di stadium mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya.

Sebagai peringatan, berikut adalah SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Malaysian Football League (MFL) yang wajib dipatuhi oleh penonton.

Kehadiran penyokong JDT walaupun dalam skala kecil pada perlawanan itu nanti bakal menghidupkan kembali semangat juang barisan pemain untuk memberi persembahan lebih mantap bagi menjelmakan kembali tiga mata yang terlepas pada dua perlawanan lalu.

Kenderaan yang dipandu pemegang pas bermusim berbaris untuk melakukan kod imbasan di kaunter pandu lalu Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Semalam bagi mendapatkan pas masuk menyaksikan aksi JDT dan MUFC malam ini. – Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

Ditambah buat masa ini JDT masih menjadi antara pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah bersama Melaka.

SOP KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM SULTAN IBRAHIM

  1. Bawa PAS BERMUSIM PLATINUM anda atau Kod QR yang telah diambil berserta PAS BERMUSIM GOLD untuk masuk.
  2. Sila patuhi penjarakan sosial setiap masa. Penggunaan pelitup muka adalah wajib.
  3. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas, bawah 12 tahun dan orang kurang upaya tidak digalakkan untuk hadir.
  4. Pintu pagar Stadium Sultan Ibrahim hanya akan dibuka kepada umum antara jam 6 petang hingga 8.30 malam.
  5. Sila imbas Aplikasi MySejahtera, ambil suhu dan gunakan sanitasi tangan untuk masuk.
  6. Duduk mengikut tempat yang telah ditandakan. Para penyokong tidak dibenarkan duduk bersama-sama dalam apa jua keadaan.
  7. Tandas akan ditutup pada waktu rehat separuh masa untuk mengelakkan kesesakan. Tandas akan dibuka pada waktu lain.
  8. Penyokong tidak dibenarkan berkumpul sebelum atau selepas perlawanan.

*Pihak berkuasa akan mengeluarkan kompaun atas kegagalan mematuhi Undang-Undang Malaysia.

MFL Guidelines: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5168032696602527&id=883997268339446

Hidup Johor Demi Johor

Sekitar sesi latihan pasukan Melaka United FC di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai petang tadi menjelang perlawanan getir Liga Super Malaysia 2021 menentang Johor Darul Ta’zim, malam esok.

 87 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?