Ayuh Johor, Jiwa Merah Biru Kian Membara

Bila mendapat perkhabaran yang KELAB bola sepak Johor Darul Ta’zim, akan mengadakan ‘In-Car Viewing Party’ di Stadium Sultan Ibrahim tayangan bola sepak secara langsung di perkarangan stadium untuk saingan antara JDT menentang Sabah Bagi Piala Cimb Liga Super 2020 terasa teruja sangat2.

Ini bermakna penyokong masih boleh datang ke stadium memberi sokongan, namun menonton siaran langsung perlawanan dari dalam kereta masing-masing.

Idea ini mungkin tercetus untuk memastikan penyokong pasukan itu mengamalkan penjarakan sosial semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ia juga selaras dengan arahan supaya perlawanan dimainkan dalam stadium tanpa penonton.

“Sudah tentu kehadiran penyokong cukup penting dalam menyemarakkan semangat pemain di atas padang, walaupun di luar Stadium”

Masih teringat kali terakhir membeli tiket online pada aksi JDT Menentang Felda United yang terpaksa bermain tanpa menonton berdasarkan keputusan FAM ekoran penularan Covid-19.

Gambar Peribadi

Alhamdulillah tiket berjaya di “refund” yang pada masa itu di beri pilihan sama ada menebus kembali atau dikreditkan untuk pembelian akan datang di TicketHotline.

Ahli Yayasan JDT

Sebagai ahli Yayasan JDT admin mewakilkan kepada sahabat yang berada di Johor Bahru untuk pengambilan pas memandangkan masa yang terhad ke Restoran Selasih, Johor Bahru

Seperti biasa “Antara kelebihan yang dimiliki oleh ahli yang berdaftar dengan Yayasan JDT, ahli diberikan laluan khas untuk pembelian tiket dalam setiap perlawanan membabitkan JDT di Stadium. Apa yang admin tahu akan datang sistem pembelian Online pada ahli akan di laksanakan.

Sumber Gambar : Yayasan JDT

Untuk makluman Hanya kereta yang berdaftar dan memiliki Pas Kereta sahaja yang dibenarkan masuk ke perkarangan Stadium Sultan Ibrahim untuk menyertai ‘Viewing Party’ ini di mana penyokong dapat menyaksikan siaran langsung perlawanan JDT menentang Sabah di skrin gergasi diikuti gimik selepas perlawanan termasuk ‘extended reality’ dan pertunjukan bunga api.

PERATURAN ‘IN-CAR VIEWING PARTY’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM

  1. Hanya kereta yang berdaftar dan mempunyai Pas Kereta sahaja dibenarkan masuk ke kawasan Stadium Sultan Ibrahim.
  2. Kemasukan melalui Gate B sahaja. Dari jam 8.00 malam dan ke atas.
  3. Para penyokong mesti berada di dalam kereta sepanjang masa.
  4. Penyokong yang ingin menggunakan tandas perlu menggunakan pelitup muka ketika keluar dari kereta dan mengekalkan penjarakan sosial pada setiap masa.
  5. Penyokong digalakkan membawa bekalan makanan dan minuman sendiri kerana tiada gerai akan dibuka bagi mematuhi prosedur operasi standard Covid-19.
  6. Penyokong tidak dibenarkan berlegar-legar di kawasan Stadium Sultan Ibrahim.
  7. Dilarang membuang sampah.
  8. Sila beri kerjasama kepada Marshall Stadium yang bertugas.
  9. Kanak-kanak di bawah usia 3 tahun dan warga emas tidak digalakkan untuk hadir.
Clik Event Here

JDT melayani kunjungan Sabah dalam perlawanan terakhir di laman sendiri dalam saingan Liga Super Malaysia 2020. Satu inisiatif kepada penyokong tegar JDT dalam meraikan perlawanan pada malam ini yang dijangka akan menjadi perlawanan yang menabalkan JDT sebagai juara CIMB Liga Super Malaysia buat kali ke-7 berturut- turut sejak 2014. Insyallah..

Biarpun JDT sekadar meraih keputusan seri 2-2 bertemu PJ City FC pada Jumaat lepas, namun berbekalkan pungutan 23 mata daripada sembilan perlawanan, manakala Perak di tempat kedua dengan 17 mata selepas mencatatkan lima kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Hidup Johor Demi Johor

Kepada para penyokong yang akan berada di sana , semoga sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan dan mengikut arahan yang diberikan Marshall yang bertugas.

Kita Jumpa di Stadium nanti, Insyallah