Arif Aiman Hanapi, Pemain Paling Bernilai (MVP)

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melengkapkan musim gemilangnya apabila dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) yang diadakan secara virtual, semalam.

Paling menarik, bintang berusia 19 tahun itu melakar sejarah menjadi pemain paling muda merangkul anugerah utama itu, memadam rekod rakan sepasukannya, Safawi Rasid yang menang pada 2018 di usia 21 tahun.

Arif yang menjadi watak penting JDT ketika menjulang trofi Liga Super buat kali kelapan, Piala Sumbangsih dan naib juara Piala Malaysia turut mengungguli Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Berikut adalah senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2021 mengikut kategori masing-masing berdasarkan undian yang dijalankan:

Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP): Arif Aiman Hanapi (JDT)

Anugerah Penyerang Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)

Anugerah Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Anugerah Pertahanan Terbaik: Matthew Davies (JDT)

Anugerah Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Anugerah Pemain Import Terbaik: Romel Morales (KL City)

Pemain Muda Terbaik: Arif Aiman Hanapi (JDT)

Anugerah Kasut Emas: Bergson da Silva (JDT)

Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Anugerah Jurulatih Terbaik: Bojan Hodak (KL City)

Anugerah Pasukan Terbaik: JDT

HARIMAU SELATAN RAIH KEMENANGAN DALAM LAPAN KATEGORI ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2021

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah meraih kemenangan dalam lapan kategori dipertandingkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

JDT dinobatkan selaku Pasukan Terbaik 2021 manakala Farizal Marlias dan Matthew Davies dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Pertahanan Terbaik.

Pemain muda, Arif Aiman Hanapi pula merangkul tiga anugerah, dinamakan sebagai Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Bergson Da Silva memenangi anugerah Kasut Emas hasil jaringan beliau dalam Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia manakala Fernando Rodriguez pula muncul sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier.

Lima pemain — La’Vere Corbin-Ong, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez, Arif dan Bergson — turut dinamakan dalam senarai Fans XI (Kesebelasan Terbaik). Luaskan Kuasamu Johor.

Komen Anda?