Argentina Juara Copa America!

Messi dan Neymar berkongsi beberapa saat berpelukkan selepas tamat perlawanan 😍

INI HARI MILIK PEMINAT MESSI!!😭😭

Ini percubaan kali ke-5 Messi untuk menjulang Piala Copa America bersama negaranya. Dan Tahun 2021 menjadi saksi bahawa Argentina🇦🇷 dibawah Pimpinan Lionel Messi berjaya menjulang buat kali ke-15 dalam Sejarah Bolasepak Argentina🇦🇷.

Neymar tangisi kekalahan Brazil

Rio de Janeiro: Bintang Brazil, Neymar dilihat menangis sebaik tamat perlawanan final Copa America selepas tewas 0-1 kepada Argentina, hari ini.

Angel Di Maria menjaringkan gol kemenangan Argentina di Stadium Maracana pada babak pertama.

Bagaimanapun sebaik Argentina menjulang trofi, Neymar dilihat sudah mampu tersenyum bersama bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi.

Kedua-duanya berkongsi momen di atas padang selepas tamat perlawanan dengan Messi dilihat meredakan Neymar sebelum menjulang trofi.

Neymar pula dilihat segera menanggalkan pingatnya selepas dikalungkan pada sesi penyampaian hadiah.

Di sebalik aksi cemerlangnya, Neymar masih gagal membantu Brazil bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Neymar bergelut untuk mencari ruang menembusi benteng pertahanan Argentina yang mengikut taktikal jurulatih, Lionel Scaloni.

Argentina pula tampak mahu mempertahankan kedudukan 1-0 sehingga tamat perlawanan.

Sumber : Harian Metro

Penjaring goal perlawanan, Angel Di Maria telah di nobatkan sebagai pemain terbaik untuk perlawanan Final pagi ini .

Perlawanan Akhir ITALY vs ENGLAND. Yang mana pasukan pilihan anda? EURO 2020.

Komen Anda?