APMM Menahan Sebuah Kapal Tangki Kerana Berlabuh Tanpa Kebenaran

DITAHAN KETIKA BERLABUH TANPA KEBENARAN

KOTA TINGGI, 19 Jun – Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal kerana berlabuh tanpa kebenaran pada petang semalam di perairan Johor Timur.

Kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Panama itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan 4 batu nautika Timur Tanjung Penyusop. Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

kapal tersebut dikendalikan oleh 12 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 50 hingga 54 tahun terdiri daripada setiap seorang warganegara Bangladesh, India dan Indonesia. Manakala selebihnya adalah warganegara Myanmar.