“Apa Khabar Bossku?” DS Najib Troll Lagi Sebelum Pulang Ke Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata adalah antara yang paling gembira selepas Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ia jelas dilihat melalui gambar swafoto bersama dua bekas menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman sosial Facebook, dengan status “Apa Khabar bossku?”.

Sebelum balik, saya singgah sekejap di Pasar Tani Tapah tadi.

Video:-

Ada orang tuduh kami bersikap perkauman.

Ada orang tuduh kami abai rakyat.

Ada orang tuduh kami gagal menjaga negara.

Rakyat tahu.

Saya menghargai sokongan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang membantu kemenangan rakyat di Cameron Highlands.

Saya yakin kerjasama kami akan bertambah erat, semua ini demi masa depan Malaysia.

Sahabat-sahabat kita dari MIC dan MCA turut bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan kita di Cameron Highlands.

Kita ucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepemimpinan serta seluruh jentera MCA dan MIC atas jasa serta kerja kuat mereka.

Hari ini merupakan kemenangan kita bersama.

Kita berdiri teguh bersama, sahabat sahabat sekelian.

Komen Anda?