Angry Birds Activity Park Akan Menutup Operasinya

Angry Bird Theme Park Johor Bahru ni nak tutup dah secara rasmi pada 5 April 2021 nanti. Nah, sebelum hari penutupan taman tema ni, jom beli barangan merchandise sebagai kenang-kenangan dan bukan itu sahaja, jom la bawak anak-anak kesini untuk kali terakhir sebelum ditutup.

Selamat tinggal Angry Birds Activity Park Johor Bahru dan terima kasih atas keseronokan buat anak-anak kecil yang datang dekat sini 🥰

*Proses sanitasi dibuat bagi memastikan taman tema berada dalam keadaan selamat & bersih untuk pengguna

*Tertakluk kepada terma & syarat

🗓 Bermula sekarang hingga 5 April 2021

📍 Level 3, KOMTAR JBCC, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru

⏰ 11.00 Pagi – 7.00 Malam

☎ 07-266 9924

Facebook Page Angry Birds Activity Park Johor Bahru,

https://www.facebook.com/AngryBirdsActivityParkJB/

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event dan promosi sekitar Johor

Taman Angry Birds di Johor Bahru ditutup 5 April ini

Johor Bahru: Taman Aktiviti Angry Birds di bangunan Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC) akan ditutup pada 5 April ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook (FB) Angry Birds Activity Park Johor Bahru semalam.

Selepas beroperasi sejak enam tahun lalu, difahamkan, penutupan taman tema tertutup itu disebabkan kesan pandemik Covid-19.

“Dukacita dimaklumkan Angry Birds Activity Park Johor Bahru akan menutup tirai operasi kami secara rasmi pada 5 April ini.

“Segala sokongan dan pengalaman enam tahun yang menakjubkan bersama anda amat kami hargai,” kata kenyataan itu.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mereka terkejut dengan penutupannya.

“Antara taman park yang terbaik kat Johor Bahru. Kali terakhir kami pergi tahun 2019. Staf yang sangat baik dan tempat yang sangat seronok. Semoga satu hari nanti bole dibuka semula. Terima kasih Angry Birds. Kami akan merinduimu,” komen pemilik FB dikenali sebagai Aini Daiela.

“Hmmm…Sedih tiga tahun berturut-turut sebelum Covid-19, nyebrang dari Indonesia ke Johor cuma nak pegi bawa anak main ke angry, rencana setelah pandemik nak berkunjung lagi, semoga ada pencerahan dan bisa buka lagi. Tempat paling sedap buat anak-anak main :disappointed_relieved:,” komen ‘Noven Novra Silvia’.

Taman tema Angry Birds ini adalah yang pertama di Asia Tenggara dan mula beroperasi pada 31 Oktober 2014.

Taman tema berkeluasan 26,000 kaki persegi itu menawarkan permainan dan ruang bukan saja untuk kanak-kanak malah untuk dewasa.

Taman tema ini boleh menampung seramai 400 pengunjung dalam satu-satu masa dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ‘Danger Zone’, ‘Utopia’, ‘Classic’ dan ‘South Beach’.

 46 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?