Anggota MPV Bantu Warga Emas

ANGGOTA MPV BANTU WARGA EMAS

Seri Alam, 20 April 2020 – Sekitar jam 9.00 malam, semasa sedang membuat rondaan Zon Kota Masai- Scientex, anggota cawangan MPV IPD Seri Alam iaitu Kpl Mohd Azwan Bin Zainal, L/Kpl Muhammad Amirul Syafiq Bin Hasan serta 2 anggota bantuan ATM yang menaiki kereta MPV 120 telah melihat seorang wanita warga emas duduk berseorangan di tangga kaki lima deretan kedai. Anggota MPV 120 telah bertindak menghampiri dan bertanyakan sekiranya wanita tersebut ada masalah. Melihatkan keadaannya yang sudah berusia dan dipercayai menghidap sakit lupa, anggota MPV 120 telah membantu menghantar wanita tersebut pulang ke rumah dengan berpandukan kepada alamat pada kad hospital yang berada di dalam salah sebuah beg plastik yang dibawa wanita tersebut.

Tindakan itu juga dikatakan seiring dan bertepatan dengan slogan PDRM sendiri iaitu

‘Polis dan Masyarakat Terpisah Tiada’.

ANGGOTA MPV BANTU WARGA EMASSeri Alam, 20 April 2020 – Sekitar jam 9.00 malam, semasa sedang membuat rondaan Zon Kota…

Posted by Polis Daerah Seri Alam on Isnin, 20 April 2020