Anggota Bomba Menyelamat Mangsa Hanyut Di Kampung Niyor, Kluang

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهآ وَارْحَمْهآ وَعَافِهآ وَاعْفُ عَنْهآ وَأَكْرِمْ نُزُلَهآ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهآ وَاغْسِلْهآ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهآ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهآ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهآ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهآ وَأَدْخِلهآ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهآ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

MENYELAMAT MANGSA HANYUT DI KAMPUNG NIYOR,KLUANG

ISNIN, 04 JANUARI 2021 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang menerima panggilan kecemasan menyelamat mangsa hanyut akibat banjir melalui talian terus ke balai pada 4 Januari 2021, jam 11:24:00 beralamat di Kampung Niyor, Kluang.

Satu (1) FRT, satu (1) EMRS dan satu (1) Van Utiliti dari BBP Kluang dengan kekuatan seramai dua belas (12) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh PKPgB Akob bin Sedek.

Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat sebuah kereta jenis Perodua Axia telah hanyut dibawa arus banjir. Kereta yang hanyut telah dijumpai di dalam parit sedalam lebih kurang 4 meter dan dinaikkan ke darat dengan menggunakan kenderaan penarik kereta dan didapati mangsa tiada di dalam kereta tersebut.

Kerja-kerja pencarian mangsa dilakukan oleh anggota Bomba dalam lingkungan 50 meter dari kereta mangsa dijumpai. Mangsa kemudianya dijumpai dalam jarak 51 meter dari lokasi kereta mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan pada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat mangsa yang terlibat:

  1. Ikmal Hakimi Bin Mahasan -20 tahun(Meninggal Dunia)

Operasi telah ditamatkan pada 04 JANUARI 2021 jam lebih kurang 12:56:00.

Komen Anda?