Anda Perlu Mempunyai Pengetahuan, Dedikasi Bagaimana Untuk Membelanjakan Wang

Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak walaupun kita mempunyai sumber kewangan yang banyak. Namun kita haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.

Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak tinggi juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan.

Menganggap wang yang banyak bukan jaminan sepenuhnya untuk pasukan bola sepak mengecapi pelbagai kejayaan tanpa kerja keras serta perancangan yang teliti bagi membina sesebuah pasukan yang berjaya.

Itulah perkara yang mahu disampaikan oleh pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor (TMJ) dalam perkongsian terbaru menerusi satu hantaran di laman Twitter rasmi Johor Southern Tigers.


Ada yang mengatakan wang boleh membeli kejayaan.

Manchester United telah membelanjakan lebih £1billion dalam tempoh 10 tahun yang lalu sementara beberapa kelab di Malaysia berbelanja berjuta-juta setiap tahun, tetapi mereka adalah contoh betapa wang sahaja tidak cukup untuk meraih kejayaan.

Anda perlu mempunyai pengetahuan, dedikasi, semangat, dan tahu bagaimana untuk membelanjakan wang.”

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


Sebagai contoh kejayaan melayakkan diri ke peringkat lebih jauh dalam saingan ACL musim ini menjadikan Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan yang paling berjaya ketika ini di Malaysia. Ianya bukan boleh di beli dengan wang ringgit.

Perancangan perlu dilakukan lebih awal bagi menetapkan fokus kepada apa yang perlu dilakukan selain itu rangkaian hubungan yang luas juga berupaya membantu kejayaan sesebuah pasukan.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?