Amri Yahya Meledak Dua Gol Catat Kemenangan Di Stadium Likas

Pasukan Sabah FC menang 2-1 menentang Melaka United dalam aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sebentar tadi.

Kedua-dua gol dijaringkan Amri pada separuh masa kedua, masing-masing pada minit ke-65 dan ke-90, sekali gus menghampakan harapan Melaka untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata selepas mendahului 1-0 pada babak pertama.

Selaku pasukan pelawat, Melaka bagaimanapun tidak menghadapi masalah dalam mendominasi perlawanan sebelum berhasil membuka jaringan Ifedayo Omosuyi pada minit ke-23.

Ifedayo Omosuyi meletakkan Melaka United di depan!

Awal babak kedua juga menyaksikan pemain Melaka bermula agak agresif melakukan serangan dan hampir sekali lagi menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-53 hingga memberikan sepakan sudut pertama kepada Melaka.

Sabah turut berdepan situasi sama, namun kemasukan Amri dan beberapa pemain muda pada separuh masa kedua sedikit mengubah situasi apabila skuad Sang Badak dilihat lebih menguasai perlawanan sehingga berjaya menyamakan kedudukan dan meledak gol kemenangan.

65′ GOL | Sepakan voli Amri Yahyah menyamakan kedudukan untuk Sabah FC!

Amri Yahya muncul wira Sabah apabila menyempurnakan hantaran Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-90 untuk memastikan tiga mata penuh milik tuan rumah.

90+1′ GOL | Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan Sabah FC dengan gol kemenangan pada masa kecederaan!

Kedudukan 2 – 1 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan Muhammad Nazmi Nasaruddin meniupkan wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah kekal di tangga kedua Liga Super selepas meraih 31 mata dalam 14 perlawanan, hanya beza satu mata di belakang JDT yang setakat ini beraksi 12 perlawanan.

📊 KEDUDUKAN – LS14

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?