Amaran Hujan Lebat Di Pahang, Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hari ini.

AMARAN CUACA (BAHAYA) | Dikeluarkan pada: 9:00 pagi, 14 Disember 2019

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BAHAYA)

Hujan sangat lebat dijangka berterusan di negeri JOHOR (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Ahad, 15 Disember 2019.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Pahang (Rompin) • JOHOR (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga Ahad, 15 Disember 2019.

SEKSYEN C: AMARAN CUACA (WASPADA)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan) • JOHOR (Tangkak) sehingga Ahad, 15 Disember 2019.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

LAPORAN BANJIR KONTINJEN JOHOR

Terdapat 3 jalan yang terputus yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja :-
1. Jalan LGM – Jalan Mawai, Kota Tinggi.
2. Jalan di Batu 9, Jalan Mawai, Kota Tinggi.
3. Jalan Sungai Ara – Mersing, Kota Tinggi

KAWASAN TERLIBAT BANJIR :-

KOTA TINGGI
1. Kampung Sedili Besar
2. Kampung Baru Sungai Mas

MERSING
1. Kampung Tenglu Besar
2. Kampung Air Papan Tengah
3. Kampung Bahagia
4. Kampung Sri Lumpur
5. Kampung Hubung

#PrihatinPDRMJohor

 

Proses pemindahan mangsa banjir masih lagi berjalan. Di sekitar Sedili dan Mawai

Pesanan dari Team Response IPD Kota Tinggi. Kepada anda yang terlibat dengan banjir yang perlu bantuan untuk pemindahan boleh terus hubungi Pusat Kawalan Polis 07 883 7222.

Sumber :- Orang Kota – Tinggi

#PrihatinPDRMJohor

Komen Anda?