fbpx

Allahuakbar, Ribut Melanda Beberapa Kawasan Di Daerah Batu Pahat

ALLAHUAKBAR.

PEKAN BATU PAHAT SAYA KENA RIBUT.

BYK BUMBUNG UMAH2 TERBANG, POKOK2 BESAR TUMBANG.

MOHON SAHABAT2 DOAKAN KESELMATAN PENDUDUK KPG NI DAN SELURUHNYA

Dianggarkan lebih drp 100 batang pokok tumbang sepanjang laluan antara parit simen spg lima shj.

#Batupahat

Lebih 100 pokok tumbang akibat ribut

RIBUT yang melanda beberapa kawasan di daerah Batu Pahat, hari ini menyebabkan lebih 100 pokok tumbang dan menjejaskan rumah penduduk.

Sekretariat Bencana Daerah Batu Pahat dalam satu kenyataan berkata, kejadian ribut sehingga menumbangkan pokok berlaku sejak 3.20 petang tadi.

Katanya, antara kawasan yang terjejas adalah Bagan, Simpang Lima, Sungai Ayam, Peserai dan Jalan Tanjung Labuh.

“Hujan serta angin kencang berlaku pada 3.20 petang mengakibatkan pokok tumbang serta beberapa rumah di kawasan sekitar terjejas.

“Jumlah rumah yang terjejas masih dalam penilaian, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta kakitangan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membersihkan kawasan awam dan menebang pokok yang tumbang serta menghalang laluan.

“Rondaan dan pemantauan juga dilakukan agensi berkaitan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Info Kepada Semua❗❗

Kepada Semua Rakan2 yang nak ke Muar-Batu Pahat/Batu Pahat-Muar.

Kerja2 selenggara dilakukan. Kejadian Ribut Teruk area Perserai.

Salute abang2 Polis nie kerana membantu mengalihkan pokok yang tumbang di Jalan Simpang 5,Batu Pahat,Johor

Sumber: Muhammad soleh

Komen Anda?