Allahuakbar, Anggota polis Nyaris Rentung Apabila Kereta Peronda Polis Terbabas

Allahuakbar..semoga dipermudahkan..terbaik PDRM

Terbabas kejar penjenayah

DUA anggota polis nyaris rentung apabila kereta peronda polis (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar ketika mengejar kenderaan dinaiki penjenayah di sekitar Jalan Nusa Damai Utama, Pasir Gudang, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian 3.30 pagi itu, dua anggota berpangkat koperal hanya cedera dan berjaya menyelamatkan diri daripada Proton Wira yang terbakar.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis dari Balai Polis Taman Sceintex membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

“Mereka melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan dan menghampiri kereta berkenaan sambil memasang ‘beacon light’ dan membunyikan siren sebelum mengarahkan pemandu kereta berhenti.

“Bagaimanapun, kenderaan itu terus memecut, lalu dikejar MPV berkenaan sehingga Jalan Persiaran Nusa Damai.

“Selepas membuat pusingan U, pemandu MPV gagal mengawal kenderaan selepas terlanggar bonggol jalan raya lalu terbabas di tepi jalan dan terbalik,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, kereta peronda polis itu terbakar dan kedua-dua anggota berjaya menyelamatkan diri serta hanyacedera ringan.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini,” katanya.

Menurut Ismail, kebakaran kereta itu berjaya dipadamkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang yang tiba sejurus kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan usaha mengesan suspek giat dijalankan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Dua anggota polis nyaris maut apabila kereta peronda dinaiki terbabas sebelum terbakar ketika mengejar penjenayah di sekitar Jalan Nusa Damai Utama, Pasir Gudang, Johor.

Dua anggota berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata ketika membuat pusingan U, anggota gagal mengawal kenderaan dan terbabas sebelum terbalik.

Akibat kejadian itu kereta peronda polis berkenaan terbakar.

#BuletinTv3

IKUT EMPAT LANGKAH BANTU MANGSA KEMALANGAN

Kemalangan jalan raya boleh berlaku tanpa diduga dan secara tiba-tiba.

Jika anda individu pertama yang melihat dan berada di lokasi kejadian, jangan panik. Hubungi segera talian 999 untuk bantuan.

Ikuti empat langkah dalam infografik yang dikongsikan bagi membantu mangsa kemalangan, dengan mematuhi arahan daripada pegawai bertugas yang dihubungi.

Ingat, jangan sesekali bertindak sekiranya anda tidak mempunyai ilmu berkaitan bantuan kecemasan. Ia boleh memudaratkan lagi keadaan mangsa.

Sumber infografik: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 23 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?