fbpx

Aliran Trafik Lebuhraya Utama Perlahan, Pandu Cermat Jiwa Selamat

Aliran trafik lebuhraya utama perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 10 malam ini susulan cuti Aidilfitri dan sesi persekolahan sudah sampai ke penghujung minggu ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad, ketika dihubungi, berkata trafik arah utara dilaporkan perlahan dari Ipoh ke hentian sebelah Simpang Pulai, Gopeng ke Sungkai dan Lembah Beringin menuju Bukit Tagar berikutan kemalangan di Kilometer (KM) 418.5.

“Selain itu, aliran trafik tinggi direkod dari Pendang ke Sungai Petani, Bukit Merah ke Taiping dan Taiping menuju ke hentian Rawat dan Rehat(R&R) Sungai Perak,” katanya.

Bagi arah selatan pula, menurutnya trafik perlahan dari Simpang Ampat ke Seremban, Bukit Gambir ke Ayer Keroh, Ayer Hitam ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura menuju Malaysia.

Dari arah timur, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, berkata aliran trafik tinggi di laluan Kuala Lumpur- Karak (KLK) dari Persimpangan Karak menuju Lentang dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Kesesakan turut dikesan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) sepanjang kira-kira 9.5 kilometer selepas Lanchang menuju persimpangan Karak manakala di LPT2 di laluan masuk Plaza Tol Kuala Terengganu dari arah pusat bandar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

1.09am PLUS @ E1: Trafik perlahan dari Bidor ke Sungkai berikutan kemalangan di km347.5 arah Selatan. Hati-hati memandu

12.20am LPT2 @ E8 : Trafik masih perlahan sblm masuk Plaza Tol K.T’ganu dari Pusat Bandar.

12.17am KLK @ E8 : Trafik perlahan dari;- – Pers. Bentong Barat ke Bkt.Tinggi

– slps Genting Sempah terus ke Plaza Tol Gombak

12.16am PLUS @ E1 : Trafik perlahan;

arah utara;

– Tangkak ke Ayer Keroh

– Spg.Ampat ke Hentian Pds. Linggi

– Pds. Linggi ke Seremban

arah selatan

– Spg. Renggam ke Sedenak.

12.11am PLUS @ E1 : Trafik perlahan arah selatani;

– Gurunke Sg. Dua

– Prmtg Pauh ke Perai

– Taiping(U) ke Sg. Perak – Spg. Pulai ke Gopeng

– Gua Tempurong ke Sungkai

– Tg. Malim ke Bkt.Tagar

#BuletinBernama : Antara fungsi Plusronda adalah memastikan kelancaran lalu lintas bagi keselesaan pengguna.

Mereka juga berhadapan dengan risiko keselamatan diri sendiri dan terpaksa bergelut dengan masalah emosi kerana menjadi saksi nyawa rakan setugas melayang depan mata.

Ikuti bingkisan Hero Lebuhraya yang disediakan wartawan Zanariah Nor Zin dan jurukamera Hector Saad.

Komen Anda?
Related Post
Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Petang Ini

KUALA LUMPUR, 25 Jan -- Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat Read more

Plus Buka Stesen Penguatkuasa JPJ Di R&R

Lebuhraya Utara-Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga PLUS BUKA STESEN PENGUATKUASA Read more

Rancang Perjalanan Anda Sempena Krismas & Tahun Baru 2020

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS SEMPENA KRISMAS & TAHUN BAHARU 2020 BAGI MELANCARKAN PERJALANAN DI Read more

Syukur & Alhamdulillah, Qari Cacat Penglihatan Johan Tilawah Al-Quran 1441H/ 2020M

QARI cacat penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Read more