fbpx

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Petang Ini

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik menuju utara perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bukit Tagar ke Lembah Beringin serta Tapah ke Gopeng berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

“Trafik menuju ke selatan pula perlahan dari Senai ke Sedenak serta Ayer Hitam ke Yong Peng,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik menuju ke pantai timur bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Genting Sempah.

“Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

— BERNAMA

Komen Anda?
Related Post
Rancang Perjalanan Anda, Plus Siap Sedia Pastikan Perjalanan Lancar Dan Selesa

PLUS SIAP SEDIA MEMASTIKAN PERJALANAN LANCAR DAN SELESA PADA MUSIM PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA  PLUS Read more

Rancang Perjalanan Anda Sempena Krismas & Tahun Baru 2020

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS SEMPENA KRISMAS & TAHUN BAHARU 2020 BAGI MELANCARKAN PERJALANAN DI Read more

Kejadian Kemalangan Di Km 162.0 Bukit Gambir Ke Tangkak, Pandu Berhati-Hati

MAKLUMAN TERKINI Kejadian kemalangan dua buah lori di KM 162.0 di laluan Bukit Gambir ke Read more

Majlis Perasmian, Dapatkan Pas Masuk Zon A Dan Zon B Percuma Bermula Hari Ini

Ayuh beramai-ramai kita meriahkan detik bersejarah Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22hb Februari 2020. Read more