Alhamdulillah, Setahun 8 Bulan Kami Menanti Dengar Suara Dari Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah, bayi perempuan penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ yang dulu dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ibunya, Nurul Erwani Zaidi, memuat naik klip video berdurasi sembilan saat memaparkan Ainul Mardhiah tersenyum dan mengeluarkan suara

Menerusi video yang dimuat naik dengan status tertulis “Alhamdulillah syukur 😭😭😭 Ni semua Ainul buat sendiri. Tengah tengok Omar&Hana waktu tu dia tiba-tiba nak keluarkan suara😭

Dah lama Mama dgn Walid tunggu saat saat ni🥰

Beberapa pengguna instagram turut memberi kata-kata semangat kepada Ainul Mardhiah dan kedua ibu bapanya pada perkongsian status berkenaan.

Manakala Status Facebook Bapa Ainul Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menulis :-

Setahun 8 bulan kami menanti dengar suara dari Ainul Mardhiah. Sejak dia lahir, kami tidak pernah dengar suaranya.

Alhamdulillah, budak cerdik ni dah pandai tutup trachy sendiri and keluarkan suara.

Begini lah suara Ainul Mardhiah yang saya yakin anda semua tidak pernah dengar suaranya.

Alhamdulillah.

Comel Rambut Terkini Adik Ainul

Posted by Satu Johor on Selasa, 21 April 2020

Komen Anda?