fbpx

Alhamdulillah, Semalam Selepas Dapat Khabar Gembira Dari Dr Amalina Dari Dalam OT

Semalam selepas dapat khabar gembira dari Dr Amalina dari dalam OT.

Terima kasih Allah.

Jarang saya update lagi lambat dari orang lain. Tapi semalam sebab saya tak mampu nak berkata apa-apa selepas melihat ainul habis dari pembedahan.

Perasaan yang pernah kami dapat waktu ainul lepas habis operation ketika usia ainul 10 hari.

Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam.

Alhamdulillah, ainul telah selamat dari pembedahan. Team Pakar yang merawat ainul semalam telah berjaya mengeluarkan semua ketumbuhan ainul.

Sekarang ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring.

Kita teruskan berdoa untuk ainul ya ?

Untuk makluman, ainul belum sedar lagi. Mereka bagi ainul ” tidur ” dulu sebab kalau ainul bangun, mungkin dia akan rasa sakit selepas pembedahan.

Jadi biar ainul rehat ye ?

Maaf semua lambat update!

Tumor Ainul seberat 200 gram berjaya dikeluarkan

Amalina (kiri) bersama ibu bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi. Kredit foto Instagram Dr. Amalina

KUALA LUMPUR – Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 9 bulan selamat menjalani pembedahan selama 5 jam di London semalam.

Kata Dr. Nur Amalina Bakri melalui laman sosial Instagramnya sebentar tadi, tumor seberat 200 gram pada mulut Ainul berjaya dikeluarkan melalui pembedahan penuh berisiko itu.

“Banyak persediaan telah dilakukan sebelum pembedahan dilakukan termasuk imbasan, mesyuarat dan kesabaran,” tulis Amalina.

Beliau memberitahu lagi, pasukan pakar bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk craniofacial, plastik, kepala dan leher diketuai Prof. David Dunway dan Dr. Julian Ong terlibat dalam pembedahan itu.

“Saya berbesar hari turut terlibat sama dalam pasukan pakar bedah itu dan Ainul sekarang dalam pemerhatian dan kini dalam keadaan stabil,” jelas Amalina.

Amalina turut menyeru orang ramai mendoakan kesihatan Ainul supaya cepat sembuh.

Ainul mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ menjalani rawatan di London dan berada di sana sejak beberapa minggu lalu. – K! ONLINE

Komen Anda?