Alhamdulillah Adik Ainul Dah Tumbuh Gigi, Makin Lama Makin Comei

_nrlerwani

Masih setia bermain bersama mainan kesukaannya. Dannn Yeahhh gigi Ainul dah tumbuh sebatang. Cantik! Alhamdulillah syukur.

Terima kasih semua doakan untuk Ainul. Jangan lupa doakan untuk orang lain juga yaa. Semoga semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT sentiasa?

Ainul dah tumbuh gigi

SEBUT sahaja Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, pastinya ramai mengenali dan mengikuti kisah bayi ini serta ternanti perkembangan terbaharunya.

Gelagat Ainul Mardhiah, 13 bulan, yang kini dikatakan baru tumbuh gigi nyata mencuit hati ramai apabila video dimuat naik ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, di laman sosial Instagramnya malam tadi mendapat tontonan lebih 110,000.

Menurut Nurul Erwani, dia menyedari anaknya itu mempunyai gigi malam tadi selepas Ainul Mardhiah kelihatan seperti mengunyah sesuatu.

“Hairan juga tengok mulut dia asyik mengunyah, apabila saya rasa gusinya terasa tajam di gusi bawah dan nampak putih.

“Gusi atasnya juga kelihatan sedikit bengkak mungkin gigi atas pun akan menyusul juga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurut Erwani, selepas dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis, Ainul Mardhiah kini dikuarantin kerana bimbang terkena semula jangkitan.

“Alhamdulillah Ainul kini kembali sihat, dia kini dikuarantin daripada orang ramai dan buat waktu ini hanya keluarga terdekat seperti datuk dan nenek sahaja dibenarkan berjumpanya.

“Malah, Ainul juga sudah pandai menonton televisyen dan paling suka melihat iklan serta minta selalu untuk dipegang supaya dapat duduk,” katanya.

Mengulas lanjut, Erwani berkata, dia kini dalam proses penyediaan bagi mendapatkan maklumat mengenai pemakanan yang sesuai untuk Ainul Mardhiah.

Sumber : Harian Metro

_nrlerwani

Terima kasih semua yang beri Ainul Islamik Audio device Omar&Hana ? Ainul suka dengar yang part Omar&Hana nyanyi. Sebab suara budak budak itu yang Ainul suka dengar. .

Sebenarnya ada banyak option lain, boleh tukar tukar nak dengar bunyi instrumental, ada bunyi ombak, dann yang paling best sekali ada alunan Al-Quran. So malam malam tu boleh buka alunan Al-Quran, rasa tenang je dengar, Ainul pun suka?