Al-Fatihah, Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus Telah Meninggal Dunia

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah.

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Syurga Tempatmu wahai Hamba Allah..Meninggal pada bulan Ramadhan Di hari jumaat…

Facebook rasmi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia mengesahkan bahawa Dato’ Ismail Kamus yang merupakan pengasas serta pengerusi pusat itu telah kembali ke rahmatullah.

RASMI : DATO’ ISMAIL KAMUS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala.

الفاتحة

Sumber Rasmi : Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia
8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Beliau sebelum ini dikhabarkan mengalami keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Salam takziah buat keluarga Ustaz Ismail Kamus.. semoga ruh arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dlm golongan org2 yg diredhai Allah… amin 😭

Komen Anda?