fbpx

Al-Fatihah, Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Lemas

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Tiga lemas di tasik

JOHOR BAHRU: Tiga termasuk dua kanak-kanak lemas, manakala seorang berjaya menyelamatkan diri ketika mandi di sebuah tasik dekat Jalan Kunyit, Taman Sri Amar, Kampung Melayu Majidee, di sini, kira-kira jam 7 malam ini.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Muhammad Haziq Nor Kamal, 10; Muhammad Rozie Iskandar Shah Abdullah Faris, 11, dan Farhan Mohd Sani, 14.

Mangsa yang selamat dikenali sebagai Mohd Faiz Haikal Abdullah, 13.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Kanan Bomba, Saiful Bahri Safar, berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan mangsa lemas melalui talian MERS 999 pada jam 7.22 malam.

Katanya, satu jentera dan EMRS dengan kekuatan anggota seramai 11 orang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati terdapat tiga mangsa lemas dan seorang mangsa berjaya selamatkan diri di sebuah tasik berkeluasan 200 kaki dan berkedalaman tiga meter.

“Maklumat dari mangsa yang terselamat, kesemua mangsa ke lokasi untuk memancing bermula selepas Zuhur dan mandi di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bomba bertindak membuat operasi pencarian di permukaan tasik berkenaan.

“Ketiga-tiga mangsa berjaya dijumpai oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kesemua mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tujuan bedah siasat”, katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 9.02 malam.

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Selepas kira-kira seminggu kita dikejutkan dengan kehilangan Abam, hari ini berita duka lagi, Ashraf Sinclair Read more

Al-Fatihah, Bapa Terlupa Anak Dalam Kereta

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more

Al-Fatihah, Pelawak Terkenal Abam Bocey Meninggal Dunia

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian Read more