fbpx

Al-Fatihah, Tiga Beranak Mavt Dihempap Pokok Kelapa Sawit

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Al-Fatihah dan Salam Takziah Buat keluarga mangsa…

Tiga beranak maut dihempap pokok kelapa sawit

BATU PAHAT: Seorang ibu dan dua anaknya maut apabila motosikal yang mereka naiki dihempap pokok kelapa sawit di Lorong Haji Ayub, Jalan Batu Puteh, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal jenis Honda Wave, Nor Azhana Othman, 49, dan dua anaknya yang membonceng kenderaan itu, Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17 dan Muhamad Arif, 12, maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor, berkata dua jentera dengan 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Tiga mangsa berkenaan dipercayai dari kawasan Parit Siba melalui kawasan itu sebelum dihempap pokok kelapa sawit sepanjang 2.5 meter.

“Bomba mengambil mangsa kira-kira sejam untuk mengeluarkan semua mangsa dari bawah pokok.

“Ketiga tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim, yang dihubungi BERNAMA, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Selepas kira-kira seminggu kita dikejutkan dengan kehilangan Abam, hari ini berita duka lagi, Ashraf Sinclair Read more

Al-Fatihah, Bapa Terlupa Anak Dalam Kereta

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more

Al-Fatihah, Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Lemas

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more