fbpx

Al-Fatihah, Salam Takziah Kepada Dua Anggota Polis Taman Pasir Putih, Pasir Gudang

Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Polis baru selesai ‘road-block’ sebelum dirempuh
LORI yang merempuh kumpulan anggota polis yang baru selesai menjalankan tugasan sekatan jalan raya di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih di Pasir Gudang, dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, ketika kejadian 5.30 pagi itu, seramai enam anggota polis sedang memuatkan kelengkapan operasi sekatan jalan raya (SJR) ke atas Land Rover untuk kembali ke pangkalan.

“Enam anggota baru selesai penugasan SJR cegah jenayah sebelum dilanggar sebuah lori yang terbabas.

“Ketika kejadian, keenam-enam anggota sedang memuatkan kelengkapan SJR ke atas Land Rover untuk balik ke pangkalan dengan tiba-tiba dirempuh lori terbabit yang dari datang arah Kota Masai ke Taman Pasir Putih.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori itu hilang kawalan, lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh lima daripada enam anggota berkenaan.

“Land Rover yang berada di tepi jalan juga turut dirempuh,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu dua anggota polis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mereka yang maut adalah Lans Koperal Saifullah Mohamad, 32, yang bertugas di Balai Polis (BP) Pasir Gudang serta Lans Koperal Mohamad Johari Rosli, 32, yang bertugas di BP Taman Scientex, Seri Alam,” katanya.

Menurut beliau, tiga lagi anggota dari BP Pasir Gudang , BP Scientex dan BP Pasir Puteh cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Seorang lagi anggota tidak mengalami apa-apa kecederaan. Pemandu lori yang berusia 47 tahun dan berasal dari Kota Masai juga kini menerima rawatan di HSI kerana cedera,” katanya.

Ismail berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen Anda?
Related Post
Genap 70 Tahun Peristiwa Serangan PKM Ke Atas Balai Polis Bukit Naning

Tanggal 23 Februari 1950 - Genap 70 tahun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) Read more

Prototaip Toyota Corolla Altis Kenderaan Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia

Toyota Corolla Altis MPV baharu PDRM GO Auto Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Read more

Terima Kasih Wira Negara Koperal Asman Ongkal

Mayat Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Sandakan, Read more

Seramai Sembilan Pasangan Pengantin Polis Diraikan Pada Majlis Walimatul Urus PDRM Di Pulapol

Kalau jodoh tak ke mana... Meriahnya acara perkahwinan beramai-ramai WALIMATUL URUS PDRM SATUKAN SEMBILAN PASANGAN Read more