Al-Fatihah, Penyanyi Era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan Telah Pergi Selamanya

Innalillahiwainnaillahirojiun

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

??????? ?? ????? ?. ?????? ??????

A Rahman Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Anak saudaranya, Azlee Senario, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.

“Doktor meminta isteri, anak-anak dan ahli keluarga datang bertemu arwah apabila keadaannya semakin kritikal selepas Maghrib.

“Arwah hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu.

“Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasat selesai,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, hari ini.

Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang sebelum dihantar ke HA menaiki ambulans, Isnin lalu.

Pada 1 Jun lalu, A Rahman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang dua hari menjelang Aidilfitri.

Sumber : Berita Harian