Al-Fatihah, Kesemua Mangsa Lemas Berjaya Ditemui

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

4 MAYAT PELAJAR POLITEKNIK LEMAS DITEMUI

DUNGUN, 20 Januari – Keempat-empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang hilang ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara Terengganu berjaya ditemui semalam.

Mayat pertama Muhammad Zul Fahmi Zuki dari Kemaman ditemui orang awam di pesisir pantai berdekatan Mayang Sari Resort, kira-kira 7.30 pagi.

Kemudiannya pada jam kira-kira 11.35 pagi, mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu ditemui, di Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian dan mayat Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed dari Kuantan, Pahang ditemui terapung kira-kira satu kilometer daripada mayat kedua ditemui.

Manakala, mayat terakhir Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, berasal dari Air Keroh, Melaka ditemui terapung pada jam 3 petang kira-kira dua batu nautika dari Pantai Teluk Bidara.

Maritim Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PDRM (IPD DUNGUN), Angkatan Pertahanan Awam, RELA serta lain-lain agensi termasuk Persatuan Nelayan Kawasan Dungun yang turut sama membantu.

Sumber : AgensiPenguatKuasaanMaritimMalaysia

Komen Anda?