fbpx

Al-Fatihah, Kemalangan Di Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi

Innalillahiwainnaillahirojiun

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Pekerja swasta maut kereta bertembung kenderaan lain

KOTA TINGGI – Seorang pekerja swasta maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi kereta lain dalam satu kejadian di Kilometer 55.0 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Aidil Adha Durahim, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dinaiki mangsa telah hilang kawalan.

“Mangsa dipercayai memandu kereta dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit yang kemudian hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden tersebut mengakibatkan kereta dinaiki mangsa gagal untuk mengelak dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Azaham berkata, terdapat seorang pemandu dan seorang penumpang dalam kereta Toyota Vios yang bertembung dengan kereta mangsa.

“Kedua-dua mangsa yang turut parah telah dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati laluan berkenaan adalah jalan dua hala dan kejadian berlaku ketika waktu pagi dengan keadaan jalan yang kering.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Sinar Harian

Komen Anda?
Related Post
Kemalangan Yang Meragut Nyawa Disebabkan Oleh Sebotol Air

Kemalangan jalan raya boleh terjadi daripada beberapa faktor seperti pemandu, kenderaan dan sekeliling. Namun siapa Read more

Pegawai Dan Anggota Trafik IPD Batu Pahat Membuat Lawatan Kebajikan

PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK IPD BATU PAHAT MEMBUAT LAWATAN KEBAJIKAN. Batu Pahat , 1 Feb Read more

Tahniah Anggota Polis Trafik Bantu Mangsa Kemalangan

Polis dan masyarakat berpisah tiada.. بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم ْ ,Bangga melihat anggota polis trafik Read more

Kemalangan Lori & Motorsikal Di Km 20.4 Arah Selatan Dari Kulai Menuju Ke Senai(U)

Apabila melalui kawasan kemalangan sila pandu berhati-hati. 18:34hrs Status kemalangan Km 20.6 arah Selatan dari Read more