fbpx

“Al-Fatihah” Jenazah Dua Beradik Yang Maut Ditetak Dan Dikelar Selamat Dikebumikan

Jenazah dua beradik yang maut ditetak dan dikelar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj , Yan, Kedah, jam 7.20 malam tadi.

Mangsa Nurul Hanim Idris berusia lima tahun dan adiknya, Mohammad Hafiz Idris, setahun yang dibunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk diKampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah

Sumber : Aman Shah II

Jenazah dua beradik mati ditetak selamat dikebumi

Jenazah dua beradik yang maut akibat ditetak dan dikelar seorang lelaki di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di sini selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Jenazah Nurul Hanim Idris, 5, dan adiknya Mohammad Hafiz, berusia setahun, selamat dikebumikan kira-kira pukul 7.20 malam ini.

Terdahulu, jenazah dua kanak-kanak tersebut yang menjalani bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dibawa pulang ke rumah ibu saudaranya, di sini sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. 

Ibu bapa mangsa, Idris Saad, 47, dan Noorhasyelawati Yusoff, 37, serta anak sulung mereka, Mohammad Hakim, 7, bersama lebih 200 orang hadir pada pengebumian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam kelmarin, Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz maut akibat ditetak dan dikelar seorang lelaki yang juga kenalan bapa mereka yang menerjah masuk ke dalam rumah mereka.

Bapa saudara mangsa, Soberi Saad, 52, turut cedera bahagian pipi kiri akibat dilibas dengan parang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, bedah siasat mendapati kedua-dua kematian disebabkan saluran darah utama mangsa dan saluran pernafasan putus.

Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan suspek yang berumur 49 tahun dan memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dadah kini direman selama seminggu sehingga 15 Januari ini.

 Bernama

Malaysiakini

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah, Siti Kharina Selamat Dikebumikan

Innalillahiwainnaillahirojiun إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah Read more

Johor Tetap Peneraju

Kepada semua pembenci kelab bolasepak JDT, tidak perlu berlaku hipokrit. Nyatakan lah kebenaran. Luahkah isi Read more

Stadium Tercanggih Di Asia Tenggara

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Read more

Syukur & Alhamdulillah, Qari Cacat Penglihatan Johan Tilawah Al-Quran 1441H/ 2020M

QARI cacat penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Read more