fbpx

Al-Fatihah, Digilis Lori Sejurus Terjatuh Dari Motosikalnya

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Temui ajal digilis lori

MERSING: Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan tragis selepas digilis lori sejurus terjatuh dari motosikalnya dalam kejadian di Jalan Dato’ Mohd Ali Endau, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Meriam Md Yunus, 51, yang berasal dari Perkampungan Nelayan Penyabong, Endau, di sini meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan teruk di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal bersendirian dari arah Pekan Endau menuju ke Rompin.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa tiba-tiba dilanggar dari arah belakang sebelum terjatuh dan digilis sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?