fbpx

Al-Fatihah, Anggota PDRM Tugasan SJR Meninggal Dunia

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah.

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Syurga Tempatmu wahai Hamba Allah..Meninggal pada bulan Ramadhan..

Polis maut angkara pemandu mabuk rempuh sekatan

Seorang anggota polis maut, selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu seorang pemandu mabuk di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.12 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Allayarham yang berasal dari Ipoh, Perak adalah anggota di Cawangan D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas menjaga kawalan di SJR berkenaan, sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh sekatan sehingga menyebabkan mangsa dihempap kenderaan berkenaan yang terbalik.

Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat dan suspek yang cedera dalam kejadian itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Buat masa ini, BH masih menunggu pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, berita dan gambar kemalangan yang menimpa anggota polis terbabit mula viral di media sosial dan sebahagian netizen kesal dengan tindakan segelintir individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengambil kesempatan selepas perintah itu dilonggarkan oleh kerajaan.

Selain itu, netizen turut meminta hukuman berat dikenakan terhadap suspek sekiranya benar pemandu berkenaan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan berlaku kemalangan maut.

Tragedi menimpa anggota polis yang bertugas itu turut dikongsi oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa menerusi twitternya.

Komen Anda?