Al-Fatihah Dan Salam Takziah, Kemalangan M4ut Lima Sekeluarga

Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

NAHAS | Lima Sekeluarga Maut

Lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tiga tan di Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Kelima-lima mangsa maut di tempat kejadian.

Kereta rempuh belakang lori tembikai, 5 sekeluarga maut

HULU SELANGOR: Lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Bukit Beruntung awal pagi tadi.

Insiden berlaku apabila kenderaan yang dinaiki keluarga itu merempuh sebuah lori 3 tan muatan buah tembikai di lorong perlahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman, lori muatan buah berkenaan bergerak perlahan berikutan terdapat satu kemalangan kecil di kilometer 431.1 melibatkan lori kontena terbalik dan menghalang dua lorong pada jam 3.50 pagi.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki sebuah Perodua Myvi disyaki tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

Akibat daripada impak yang kuat, Myvi itu terperosok di belakang lori dan kesemua mangsa maut setelah tersepit.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52; Jamilah Jamil, 47; Bashirah Jamil, 49; serta dua remaja Nur Intan Mohamed Rodzi, 18; Nur Shifa Abdul Rashid, 17.

Pemandu lori Norimisham Mat Radzi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen Anda?