fbpx

Al-Fatihah Dan Salam Takziah, Dua Beradik Serta Saudara Lemas

Innalillahiwainnaillahirojiun …

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Tiga wanita lemas di Desaru

KOTA TINGGI: Dua beradik bersama seorang lagi saudara mereka lemas ketika dipercayai sedang mandi di kawasan pantai peranginan Batu Layar, Desaru, di sini petang tadi.

Mayat tiga wanita berkenaan ditemui orang ramai kira-kira jam 5.30 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba di lokasi berkenaan.

Dua beradik terbabit dikenali sebagai Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 23, dan kakaknya, Siti Hajjar Adila, 25. Seorang lagi mangsa dipercayai saudara mereka dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Mohd Fadli Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.35 petang tadi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati tiga wanita yang dilaporkan lemas sudah ditemui orang awam.

“Mereka disahkan meninggal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Fadli memaklumkan, operasi pihaknya ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.15 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, ketika dihubungi BH, mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?
Related Post
Salam Takziah Buat Ahli Keluarga Pengasas Kicap Jalen

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ Read more

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Selepas kira-kira seminggu kita dikejutkan dengan kehilangan Abam, hari ini berita duka lagi, Ashraf Sinclair Read more

Al-Fatihah, Bapa Terlupa Anak Dalam Kereta

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more

Al-Fatihah, Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Lemas

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Read more