fbpx

Al-Fatihah, Buat Penjaga Gol Terengganu FC Suffian Abdul Rahman

[AL-FATIHAH]

Menerima berita Penjaga Gol Terengganu Football Club, Mohd Suffian Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ertinya : “Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

AL-FATIHAH BUAT SUFFIAN ABDUL RAHMAN

Penjaga gol Terengganu FC, Suffian Rahman meninggal dunia sebentar tadi, difahamkan kerana mengalami serangan jantung.

Suffian atau dikenali Tiger, baru-baru ini telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu kerana serangan jantung tetapi dibenarkan pulang setelah kembali stabil.

Suffian merupakan antara tonggak Terengganu FC dalam laluan ke final Piala Malaysia musim lalu dan pada usia 41 tahun masih lagi merupakan pemain utama TFC musim ini, sehingga diberi jolokan Buffon Malaysia.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit :- LaBola Malaya

Salam takziah.

Komen Anda?