Al-Fatihah Buat Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil

AL-FATIHAH

Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin buat Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, YAM Tunku Laksamana Johor

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

5 Disember 2019

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, mangkat pada jam 7 malam, 5 Disember 2015, di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Allahyarham yang diputerakan pada 5 Julai 1990 di HSA adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

AL-FATIHAH ALMARHUM YAM TUNKU ABDUL JALIL

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah menziarah makam anakanda Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, hari ini (5 Disember).

Turut diadakan tahlil ringkas dianjurkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru.


Facebook Comments