Al-Fatihah, Bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi Dilaporkan Mening gal Dunia

Innalillahiwainnailaihirojiun …

Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi 67 tahun meninggal dunia setelah hadir perbicaraan di mahkamah Kaherah, Mesir sebentar tadi.

Muhammad Morsi, bekas Presiden Mesir dari haluan Harakah Islamiyyah yang menang secara sah dalam pilihanraya Mesir lalu digulingkan oleh pemerintah Mesir hari ini telah pun wafat.

Begitu lah Mesir, selain ianya tanah para Nabi, ianya juga bumi para Firaun.

من السجن الضيق الى رحمة الله الواسعة

Mendekam dalam penjara, dari penjara yang sempit menuju ke rahmat Allah yang luas.

Beliau jatuh pengsan selepas 20 minit bercakap di mahkamah, wafat menuju kampung abadi, berbahagialah ! Syahid untuknya, begitulah pejuang, hidup mulia mati syahid.

Firman Allah,

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

Sebahagian dari orang mukmin itu ialah para lelaki yang mereka menunaikan apa yang mereka telah berjanji terhadap Allah, sebahagian mereka yang telah pun tunaikan tujuannya lalu mati syahid mempertahankan haknya, sebahagian lagi ialah mereka yang sedang menunggu², terus menuju menunaikan tujuannya, mereka sama sekali tidak menukar janji mereka akan sebagai tukaran ! Merekalah lelaki sejati.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan para solihin.

Al- Fatihah.

Nurkilan Yusuf Azmi

Bekas Presiden Mesir mening gal dunia

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi dilaporkan meninggal dunia dalam mahkamah, kata stesen televisyen awam, hari ini.

Katanya, Mursi dilaporkan pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia selepas itu.

Mursi, 67, seorang tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden. -Reuters.

Facebook Comments