Al-Fatihah, Atlet Angkat Berat OKU Muhammad Ata M4ut Dalam Kebakaran

Atlet angkat berat OKU Negeri Johor, Muhammad Atta Maarof, maut dlm kebakaran dirumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya, Muar

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Atlet OKU Maut Dalam Kebakaran

Seorang atlet angkat berat Orang Kurang Upaya (OKU) Mohd Ata Maarof, 28 tahun meninggal dunia dalam kebakaran.

Atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata maut dalam kebakaran

Allahyarham Mohd Ata Maarof maut dalam kebakaran di rumah ibunya di Taman Pagoh Jaya, Muar pada Sabtu. – Gambar Facebook RAS ADIBA RADZI

MUAR: Atlet angkat berat kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, di sini terbakar dalam kejadian pada tengah hari Sabtu.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.45 pagi itu,  Allahyarham Mohd Ata Maarof, 28, yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan gagal menyelamatkan diri.

Allahyarham Muhammad Ata yang juga pemenang pingat gangsa kategori 55 kilogram di Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 2018 yang bekerja di Kuala Lumpur sedang bercuti selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Husaini Eddy Mustafa, hari ini merupakan hari terakhir mangsa bercuti sebelum kembali semula ke ibu negara untuk kembali bekerja.

“Difahamkan semasa kejadian mangsa seorang diri kerana ibu mangsa keluar ke kedai,” kata Husaini Edy ketika dihubungi.

Sementara itu, Husaini Eddy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.59 pagi sebelum mengerakkan lima anggota dari BBP Pagoh bersama 18 anggota dari BBP Muar.

Katanya, kebakaran di rumah berstruktur kekal berukuran 22 x 72 kaki itu bermula di bahagian dapur rumah tersebut yang sekali gus memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan kediaman itu.

Jelas Husaini Eddy, kebakaran itu dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, personaliti terkenal, Ras Adiba Radzi dalam catatan di Facebook peribadinya turut memuat naik status merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.

“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah. Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulis Ras Adiba lagi.

Sumber : Astro Awani

Jenazah atlet angkat berat OKU selamat dikebumi, Muhammad Ata, 28 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pagoh Jaya kira-kira jam 11.20 malam tadi.

Facebook Comments