fbpx

“Al-Fatihah” Anggota Bomba Maut Kemalangan Ketika Pulang Dari Bertugas Di Bandar Penawar Johor

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Punggai, Kota Tinggi, hari ini.

Md Yunos berkata, pada awalnya, dia tidak mengetahui Mohd Syafiq memohon untuk menjadi pegawai bomba.

“Selepas dipanggil dan lulus, baru saya tahu dan saya terus bertanya, kau masuk bomba ini kau tahu atau tidak risikonya.. bukan setakat memadam api tetapi menyeluruh. Boleh hadap ke?

“Dia menjawab ‘ya’ dengan yakin dan walaupun saya mengizinkan… namun naluri sebagai bapa kuat merasakan akan kehilangan seorang daripada anak saya,” katanya.

Menurutnya, selama ini dia cuba menolak perasaan itu dan hanya berserah kepada Allah.

“Hari ini baru terjadi. Saya tidak menyesal dia kerja dalam bidang itu… itu memang kehendaknya dan dia ditakdirkan pergi sebelum saya,” katanya.

Md Yunos yang juga seorang nelayan berkata, Allahyarham yang juga anak kedua dari empat beradik disifatkan sebagai seorang pemalu, mendengar kata dan taat dengan ibu bapa,

Katanya, pada masa sama, anaknya itu peramah dan suka bergurau dengan ibu, Hatipah Bulat, 51.

Menurutnya, ketika kejadian, Allah bagaikan memberi peluang kepada mereka bertemu buat kali terakhir apabila sempat berbual dengan arwah.

“Pada mulanya ada orang cakap dia dah tak ada sebab yang jumpa hanya tangannya dahulu… tangannya putus. Ketika itu dengan lemahnya saya hanya terduduk di dalam kereta tidak sanggup tengok.

“Bukan tidak mahu, tetapi tidak sanggup. Tetapi apabila kawan-kawan saya panggil Pak Long (nama panggilan) dan berkata Syafiq panggil abah dia… dia sebut nama saya, saya terus berlari ke arah van dan melihatnya.

“Dia buka mata dan cakap, abah, saya minta maaf abah kirim salam dengan mak. Saya hanya mampu cium dahi dia dan cakap dia tidak ada salah dengan dan akan mendoakan dia sembuh,” katanya.

Menurutnya, arwah bertarung nyawa selama dua jam di wad kecemasan sebelum doktor memaklumkan Syafiq dalam keadaan kritikal berikutan pendarahan teruk dan mungkin tidak dapat diselamatkan.

“Saya sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dan syukurlah, isteri boleh menerima berita itu walaupun dalam keadaan lemah,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Punggai, dekat Kota TInggi, selepas solat Zuhur.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis sempat menziarah keluarga arwah.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Mohd Syafiq yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas sebelum motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, untuk mendapat rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber : Harian Metro

Jenazah Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Mohd. Syafiq Bin Md. Yunos telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Pungai.

SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

TARIKH : 12/01/2019

YS DATO’/TUAN/PUAN/ENCIK/CIK

PERIHAL : PEGAWAI BOMBA BANTUAN MENINGGAL DUNIA

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA, PBB MOHD SYAFIQ BIN MD. YUNOS YANG BERTUGAS DI BBP BANDAR PENAWAR TELAH MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL PADA JAM 02:15 PAGI SEBENTAR TADI KERANA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN JALANRAYA DALAM PERJALANAN BALIK SELEPAS SELESAI BERTUGAS MALAM TADI.

JENAZAH BELIAU KINI BERADA DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN KETUA BALAI BBP BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI, PPgB MOHD FADLI BIN ISMAIL (0192520055).

SELURUH WARGA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERSEDIH DENGAN PERMERGIAN BELIAU. SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT. AL-FATIHAH.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN

DARI: PGO NEG JHR

NO. INFOBLAST 07-2276557

NO. TEL: 07-3355061

Sumber : BBDP Bandar Penawar Johor

Komen Anda?
Related Post
Lincah Bukan Main Lagi, Brader Bomba Kita Main Basikal BMX

Powerlah abang bomba... “MULANYA, rakan yang memuat naik video berkenaan di grup Whatsapp balai untuk Read more

Kan Dah Lambat, Bomba Tolak Kereta Halang Jentera Depan Balai

Bomba tolak kereta halang jentera depan balai SABAK BERNAM - Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu Read more

Seekor Ular Sawa Memasuki Enjin Kereta, Majlis Akad Nikah Bertukar Kecoh

Ular sawa 'kacau' majlis nikah MAJLIS akad nikah seorang juruteknik di Taman Jaya 2, Temerloh, Read more

Batal Hasrat “Terjun” Setelah Di Pujuk Anggota Bomba

Alhamdullilah.. 1 nyawa berjaya diselamatkn.. Kes cubaan bunuh diri.. Tahniah pd anggota bomba krn berjaya Read more