Al-Fatihah, Adik Nur Dinie Damia Telah Kembali Kepada Penciptanya

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Al fatihah 😭😭

Pengkongsian Dari Berita Harian:-

Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain,7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi. – Bapa

Didoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati Allah swt dan tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan Allah swt.

DariNya kita hidup. Dan kepadaNya kita kembali. Al Fatihah.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu.

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Komen Anda?