Al-Fatihah, Abang Ali Semboyan Meninggal Dunia

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah.

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh di sini, hari ini.

Difahamkan, kemalangan berlaku jam 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

Perkara itu disahkan Pengerusi PPSM Yusuf Azmi, di Facebook rasminya.

“Saya mohon doakan Abang Ali, saya kini dalam perjalanan ke Hospital Muar. Saya terasa sayap saya hilang.

“Beliau orang yang baik dan sentiasa ada dengan saya, jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk bersama dengan saya ketika susah, beliau duduk dengan saya ketika saya jatuh,” katanya.

Menurut Yusuf, dia dalam perjalanan ke Hospital Muar bagi menuntut dan memandikan jenazah Ali.

[UPDATE] Alhamdulillah, selesai urusan saya di Balai Polis Muar..

Report kematian akan dihantar semula ke hospital Muar. Seterusnya, membuat ujian saringan COVID-19 (PCR) bagi membolehkan pihak hospital melakukan post mortem ke atas jenazah Allahyarham Abg Ali (dijangka jam 9 terima result PCR & post mortem dijangka selesai sekitar 12 malam)

InsyaAllah, jika semuanya selesai dan dipermudahkan…jenazah akan segera dibawa pulang untuk disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, Ampang (diantara jam 4-6pagi).

Jenazah kemudian akan dibawa ke Segambut untuk dikebumikan sesudah Subuh, besok.

Didoakan semoga proses pengendalian jenazah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Wallahualam.

*Dikesempatan ini, saya dan keluarga Semboyan Malaysia merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abg Ali.

Komen Anda?