Akhirnya JDT Tebus Kekalahan Yang Lalu Menentang PJ City FC

“Saya memberitahu pemain untuk menunjukkan bakat dan kebolehan untuk bersaing dengan pasukan yang terbaik”

Berikut merupakan reaksi ketua jurulatih PJ City FC, K. Devan sebelum permulaan perlawanan #JDTPJC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

2019 MALAYSIA CUP | 7 AUGUST 2019

JDT [4-2] PJ CITY FC

(Safawi Rasid 7′ / Diogo Luís Santo 47′, 71′ / Gonzalo Cabrera 81′)

(Washington Brandao Dos Santos 59′ / Barathkumar Ramaloo 69′)

JDT padam impan PJ City

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) memadam impian menggunung Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dengan kemenangan 4-2 dalam aksi Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. 

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk merungkai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Safawi Rasid.

Mauricio Santos hampir mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-15 selepas menerima umpanan daripada Safawi namun bola rembatan pemain pertahanan JDT itu sempat ditampan penjaga gol PJ City FC Kalamullah Al-Hafiz.

Sebaik babak kedua bermula, JDT menambah derita PJ City FC apabila bola sepakan lintang Afiq Fazail yang bergerak di posisi sayap kanan pada minit ke-47 gagal dikeluarkan pertahanan pelawat dan turut menyaksikan Kalamullah juga gagal menangkap bola dan kesempatan itu diambil Santo yang sekadar menolak mudah ke gawang yang terbuka luas.

Pelawat bangkit untuk merapatkan jurang gol berpunca daripada kesilapan Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-59 yang gagal menanduk bola ke belakang menyaksikan Washington Brandao bingkas merampas bola dan merembat leret menewaskan Farizal Marlias.

Pelawat menyentap keghairahan tuan rumah apabila mencipta gol penyamaan pada minit ke-69 selepas kesilapan kapten Hariss Harun dimanfaatkan R Barathkumar.

Namun kegembiraan pelawat tidak bertahan lama apabila tuan rumah kembali mendahului 3-2 selepas gerakan yang dimulakan Safawi pada minit ke-71 membuka ruang buat Santo mencetak gol kedua peribadi.

Ketika aksi berbaki sembilan minit Cabrera melengkapkan malam gemilang JDT apabila mudah menyudahkan bola umpanan Velazquez untuk memastikan juara Liga Super enam musim berturut-turut menang dengan jaringan 4-2.

Sumber : Berita Harian

KEDUDUKAN PUSINGAN PM2 PIALA MALAYSIA 2019

#PialaMalaysia2019

Gol dari JDT

GOLLL!!! Gerakan menarik daripada Safawi membawa JDT dihadapan. JDT 1-0 PJC.

GOLLL!!! Diogo berjaya menjaringkan gol apabila pertahanan
PJC melakukan kesilapan yang mudah. JDT 2-0 PJC.

GOLLL!!! Diogo berjaya menjaringkan gol untuk JDT kembali dihadapan. JDT 3-2 PJC.

GOLLL!!! JDT berjaya menambah jaringan dan kini berada dihadapan dengan kedudukan yang lebih selesa. JDT 4-2 PJC.

Saksikan perlawanan live dan percuma yang dikuasakan oleh Boost di m.iflix.com/bola #FMoniflix

Komen Anda?